Thursday, April 21, 2011

Experience

assignment siap, niat di hati nak belajar malam tadi... walaupun mengalami simptom tak tidur lebih daripada 24 jam. hehe

niat terbatal apabila lepak-lepak di kafe, ammar datang membawa berita...

"lina kena lagi... nak ikut tgk tak?"

lebih menambahkan kerisauan...

"kak lavi msg tadi... cakap kat rumah dia ada satu lagi kes..."

mesti tertanya-tanya "kena? kena apa?" "kes? kes apa?"

biarlah rahsia...

tapi satu malam dah cukup untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman saya...

benda yang kita tidak boleh lihat dengan mata kasar, benda yang kita pernah dengar tapi tak pernah tengok dengan mata sendiri... benda yang kita tengok di pawagam, tapi terjadi pada kawan kita sendiri...

melihat rakan-rakan yang lain berjuang dan berhabis tenaga menolong, tapi saya hanya mampu melihat dari tepi, tak dapat nak tolong apa-apa...

thank you kepada yang membantu... hanya Tuhan sahaja dapat membalas budi dan jasa kamu semua...

kepada yang lain, gunalah akal dengan baik, fikirlah dengan baik... hidup ini bukan untuk keseronokan... tapi banyak benda lain... jangan terlalu pentingkan keseronokan dan abaikan benda-benda lain...

kepada rakan-rakan yang bertanya "mei kin, kamu dah masuk Islam ke?"

memang sensitif sangat, tapi saya cuma nak bagitahu... semua sharing saya adalah untuk menambahkan ilmu... tak salah belajar ilmu agama lain... belajar tak bermaksud kamu memeluk agama tersebut... life-long learning... banyak iktibar dan pengalaman boleh diambil ketika kita mendalami pasal agama lain... bagi saya, tak salah belajar dan ambil tahu. betul tak? =)

sememangnya setiap agama itu sangat seronok dipelajari... *(n.n)*

No comments:

Post a Comment